Friday, 24 February 2012

please.......

awak awak.... tolonglah hargai saya wak.. saya merayu kat awak.. saya mintak tolong sangat sangat wak... saya bukan terbaik untuk awak ke? saya selalu try untuk jadik yang terbaik. tapi awak???? selalu pikir kan diri awak je.. hmmmmm k bye



Sunday, 19 February 2012

menyesal -.-'

awak..... saya menyesal dengan apa yang dah saya buat kat awak. saya tahu hati awak sakit sangat. tapi saya nak awak tahu yang saya betul2 sayang kan awak. and the most importang thing, saya takde pape pun ngan dia. my heart just belong to you. :)
saya harap awak takkan ungkit tu lagi. im sorry my dear




Thursday, 16 February 2012

DEAR AWAK :)




abdul hafiz adam. nama yang terus setia dalam pemikiran aku. seperti setia nya aku terhadap dirinya. lelaki yang aku kenal 4 tahun lepas yang aku anggap sebagai lelaki terakhir dalam hidup aku. kau lelaki pertama yang berjaya mengubah aku untuk sayang kan seseorang yang bernama lelaki. dari semasa ke semasa, aku belajar untuk menyayangi diri kau. akhirnya aku berjaya untuk sayang kan kau seperti sekarang. dulu, aku selalu mendapat kebahagiaan dari kau. sejahat mana pun kau, aku tetap terus setia berada di samping kau. kau ingat lagi tak? dulu tiap2 malam, kau selalu berjanji nak bawa aku pergi langkawi sebab tu adalah cita2 aku since aku kecik lagi. tapi tu dulu. * dulu2, nenek aku pun anak dara lagi. hehe. masa kian berlalu... kau berubah dari semasa ke semasa. kau dah start jumpa ramai orang baru. kau dah ada ramai kawan2 baru. kau dah ada peminat kau sendiri. aku? kau tolak tepi. kau selalu bagi aku kebahagiaan tapi tak lama pun. kau main2 kan perasaan aku. kau kejam dengan diri aku. kau selalu bg aku air mata. air mata yang selalu menemani aku sebelum aku tidur. masa tu tuhan je tahu betapa aku merindui kau. tapi kau takpernah pun peduli kan semua tu. kau pikir diri kau je. kau takpenah pun gase nak hargai apa yang aku buat slama ni. kau marah aku, kau layan aku macam kau takpernah pun sayang kan aku. disebabkan aku terlalu sayangkan kau, macam2 orang datang kat aku, maki2 hamun aku. salah ke aku ni? aku just pertahan kan apa yang selama ni jadik milik aku. kau? kau takpaham pun apa aku gase. kau terus2 contact perempuan yang betul2 aku benci. kau sakitkan hati aku . dorang cakap macam2 pasal kau. tapi aku? tak nampak pun semua keburukan kau. bagi aku, kau sempurna. eceh. bangga kan? hehe. for a time being, aku sabar ngan perangai kau. setiap hari aku takpernah gase nak bencikan kau. aku terus setia ngan kau. tapi kesetiaan aku, kau takpenah hargai. aku terus sayang, dan untuk selama lamanya sayang kan kau. tapi...... akhirnya aku berpisah sekejap ngan kau. but we re still frends.  kau tahu tak betapa aku merindui diri kau yang sebenar? aku rindu kau manja2 kan diri aku. aku sentiasa nak lihat kau tersenyum saat kau bersama2 aku. everythin' aku rindukan kau. aku taknampak dah betapa buruk nya kau layan diri aku. kau ingat tak? aku pernah berjanji untuk sehidup semati ngan kau dan aku akan selama2 nya ingat janji aku tu. everythin has changed. kau mintak untuk bersama ngan aku kembali. betapa bhagia nya aku ketika itu. seee



cam tu lah happy nya aku. tapi kau still layan aku tak okay jugak. tapi aku akan selama lama nya tunggu kan kau. aku tak peduli kau cakap aku ape pun. untuk selama lama nya hati aku tetap untuk kau. dan
saya akn selama nya menunggu diri awak yang dulu. that's my promises! saya akan selalu sayang dan merindui awak, sayang. i love u until the end :)



nampak tak betapa bhagia nya aku suatu ketike dahulu. bhagiakan aku?

awak.. saya nak awak tahu yang saya takpernah pun curang dengan awak. saya nak awak pegang kata kata saya yang saya akan setia dengan awak. awak lah nyawa saya, dan awak jugak lah jantung hati saya sampai bila bila. :)


Wednesday, 15 February 2012

USAHA TANGGA KEJAYAAN

ceh! nampak tak tajuk post aku kat atas tu. suspend tak? jengjengjeng. komfirm lah tak kan. memandangkan hari ini ada kokorikulum, so aku decide tak nak lah pegi disebabkan esok ada test CTU pada jam 4.30 petang.  lgpun aku masuk kelab debat je kot. n madam aku tersangat lah baik. so, apelagi... amik kesempatan lah kan. better repeat koko dari repeat ctu kan. haha. bangang tak? aku pedulik ape kan. dah lah ctu banyak gila kena bace woo. aku gase aku baru baca tak sampai separuh pun. kau gile nak suh aku g koko tu? kang aku duk bergosip je tym koko. malam ni aku nak stay up lah. ape macam? ada berani tak ngan plan aku ni. hahhaa. sem ni aku nak dapat dekan. nak naik pentas macam membe2 aku. haha. *angan2 je lebih kan, da la. k bye :)




maybe aku akan begini 2 jam selepas itu.


ataupun aku akan 'meng aplikasikan' slogan di atas dalam hidup aku.

kehkehekehkeh. DEKAN wait for me okays!


Tuesday, 14 February 2012

KAWAN KAWAN :)

yuollss! semua orang mesti ada kawan2 kan. hehe. ayat ada macam karangan budak sekolah tak? hehe. biasa la tu. i kan dah lama duduk oversea, opss! so ayat i pun ada macam skema sikit lah kan. so, take it easy k. okay! aku start berhijrah ke uitm london eh salah! uitm lendu ni since 21st may 2010. so, aku pun jumpa lah kawan and roomate yang tak berapa nak best ni kan. hehe. nak mengamuk kan? haha. korang best lah. best gile do. serious best! nampak tak betapa best nye korang. tak dapat nak luah kan thru kata kata. eceh. *muntah hijau biru sekarang


see, macam adik beradik kan
c tasha short. pegi kelas pun dengan die. tido pun  dengan die. bak kata orang, takde die boleh mati woo. haha.  touchin' tak?

amalin the speaky one. keje part time die adalah balik tiap2 minggu.
n muke bajet comel tu, c anna. die ni lah yang selalu kemas2 bilik. n just like mak mak gitu. kehkehkeh.  :)

okay. yang tengah tu aku lah kan.
red one is wan khalidah. serius die sangat matang antare ktorang semua. macam akak lah kan.
yang tutup mulut bajet comel tu, c zureen. 'stress' adalah kawan die :)


okay! korang memang best. sayang korang sampai mati woo. 

Monday, 13 February 2012

PENGHARGAAN :)

memandangkan saya ni orang baru dalam arena blogspot ni, maka dengan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada roomate saya kerana dengan usaha beliau lah, indah lah sikit blog saya ni kan. hehe. yes! kau bangga kan sekarang? k takpe. bagi peluang. kehkehkeh. malu le tewww. yewlah. iteww kan dah uwat entry pasal awak. hehehe :)
yela, awak kan ada class pagi esok, tapi sekarang dah pukul 2.00 am but awak sanggup bersengkang mata nak buat blog kite ni kan. *touchin' tak ayat aku. tiada seindah kata kata melainkan terima ksih awak. *ayat macam nak bg kat boyfren pulak. hiks. nanti  saya belanja awak air gedegang, air feveret awak :)



hehe. inilah orang nya. sory, saya amik gambar awak senyap senyap. omey nye ye. hehe. credits to noor anna nasoha. tolong saya lagi ye. saya kan budak baru. lain lah awak tu. kan kan kan? peace ^ ^

R.I.N.D.U



haha. korang pernah rasa rindu tak? mesti pernah kan. mesti sakit kan rasa rindu dekat SOMEONE yang belum tentu lagi rindu dekat kite. haih. nak cakap dekat orang tu segan. karang tak cakap kang, jiwe pulak yang merana. macam ape kata orang tu 'ditelan mati mak, diluah mati bapak'. kau tengok! aku bersastera wooo. kau ado? ish. aku rindu lah kat die wehhhh!!!  rindu apis woo. opsss! k bye

new born

HAHA. gedik tak aku? orang ada blog, aku pun nak jugak lah. okay! kau jeles kan sekarang? kau pun mesti nak buat jugak kan. hehe. btw, lepas ni mesti aku busy nak meng 'hupdate' blog aku ni. AND takde masa ngan korang2 lagi kan. say goodbye to FACEBOOK and TWITTER. nampak tak aku tipu sekarang? hehe. honestly, aku tak reti sangat pun nak buat blog ni. ape nak cakap ni??? last but not least selamat membaca~